pemanis jiwa

"jika engkau mengetahui bahawasanya syaitan itu tidak pernah
lupa(menggoda)akan engkau,maka janganlah engkau lupa kepada Allah yang
nasibmu
berada di tangan (kekuasaan)Nya"

-matan al-hikam-

---------------------------------------------

''dan jika engkau ditimpa sesuatu kemudharatan,maka tiada siapa yang akan mampu menghilangkannya melainkan Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tiada seorang pun yang mampu menolak kurnia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

-surah yunus:107-




Thursday, November 4, 2010

andaiku pergi...

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Saturday, October 30, 2010

open my eyes..

aku bukan mencari kesempurnaan..
tetapi bahagia yang ku cari..
aku tidak pernah memberi pengharapan..
teapi mereka yang memasang harapan..
aku selalu katakan berdoalah yang terbaik..
tetapi mereka terus menganggap akulah yang sepatutnya..walaupun luaran tidak diungkap..
aku hanya mahu bersahabat..
tetapi mereka menganggap aku akan menerima lebih dari sahabat..
aku kadang2 buntu..bagaimana harus aku jelaskan?
bila aku menjauhkan diri..
mereka fikir aku ingin mencari kesempurnaan yang lebih dari diri mereka..
sedangkan nawaitu hidupku aku tidak mampu menolak segalanya dari Allah..
-bila Allah detikkan hati untuk aku lakukan sesuatu,aku redha denganNya..-
hidupku dan matiku hanya untukNya.. -assura-
-sudut sesama manusia-


-----------------------
kerana manusia punyai pandangan yang berbeza-beza..
sudut pandangan berat pada positif mahupun negatif..
manusia suka mentafsir dari sudut pandangan pertama..
katanya itu menentukan keseluruhan perwatakannya..
ya..itu betul untuk first impression..tetapi ianya tidak kekal lama..mungkin hanya sesaat..
ada juga yang berkata don't judge a book by its cover..-common one yang selalu kita guna untuk menilai seseorang..
permulaan ibarat perfectionist,luhur dan tulus..namun lama kelamaan apabila disingkap setelah sekian lama,terhasillah kejelekan yang kita sendiri tidak tercapai akal untuk memikirnya..
ya..kerna itu manusia tidaklah sempurna..
begitu jua sebaliknya..ibaratnya kata orang wajah seperti tongkang pecah-perangai seperti setan durjana-tapi lama kelamaan terdetik di hati..oh..rupanya hatinya tulus..walau kejahatan menyelubungi hatinya yang sedia kotor,tapi masih terselit jua kebaikan walaupun hanya cebisan debu..
ya..kerna manusia itu tidak lah sejahat mana..
lahirnya suci dan bersih ibarat kapas putih..
cuma..yang merosakkan..bila diatur kehidupannnya..
laksana di permukaan  kanvas putih..
terhasillah perwatakan yang melambangkan dirinya..
walhal manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi..
mengapa sebaliknya yang terjadi....
-searching the truth path-



-----------------------------------------------------------------------------
aku hanya hidup kerna satu tujuan..
mahu bermujahadah ke jalan tuhanku..ya rabb
walaupun mereka akan berkata apa saja tentang diriku..
aku tahu kelemahan diri..
aku tahu kelebihan diri..
kerana itu yang sepatutnya aku tahu dan lakukan..
untuk memperbaiki diri..
walaupun itulah halangan yang paling menyeksakan..
walaupun kebenaran itulah sangat pahit untuk aku terima,
walaupun kepahitan itulah yang aku harus telan kebenarannya,
dan itulah yang sepatutnya..
'dan apa saja nikmat yang ada pada kamu adalah datang daripada Allah.Kemudian,apabila kamu ditimpa kemudharatan,maka kepadaNya jualah kamu meminta pertolongan'-an-nahl:53
-kepadaMu jua aku kembali setelah banyak kemudharatan yang aku lakukan..astaghfirullah..betapa hina hambaMu ke atas kekhilafan yg aku perbuat-
-assura-

-------------------------------------------------------------------------

manusia tak pernah merasa cukup..sebab yang cukup hanya Dia..
manusia tidak pernah merasa bersyukur..kerana syukur itu sangat susah digapai..
manusia sering ingin kelihatan sempurna..tetapi mereka lupa yang sempurna itu hanya Dia..
segala milik kita adalah milik Dia semata..
yang termaktub di Luh Mahfuz..
''Dan janganlah engkau mengangkat bahumu kepada manusia dan jangan pula engkau berjalan di permukaan bumi dengan megah,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang angkuh dan sombong."al-luqman:18
-aku hambaMu yang dhaif-

Monday, October 25, 2010

my soul..

ya allah..sakitnya kepalaku..makin bertambah kesakitan kepala ini..mata pula semakin mencucuk2..aku tidak tahu kenapa..ya allah..kurangkanlah kesakitan ini..untuk sementara waktu..sehingga aku habis menjalani peperiksaan ku..ya allah..aku memohon kekuatan darimu..berikan aku sinar untuk ku menghadapi hari2 esok..ya allah..aku tahu aku banyak membuat kemungkaran..dalam sedar atau tidak..aku tidak tahu engkau mengampuni aku atau tidak..solatku diterima atau tidak..amalanku diterima atau tidak..yang pasti..aku hanya mampu berdoa...berdoa..dan berdoa..moga kesakitan ini berkurang..moga Engkau mengampuni dosa2 ku..adakah sempat untukku memperoleh cintamu yang suci..ya allah..hadirkanlah cinta ini untukkmu..walau dalam kalbu..ya allah...aku memohon ampun..aku memohon maaf..di atas segala kekilafan ku..kejahilanku..kekuranganku..ya allah..ampuni aku kerna telah menyakiti hati manusia..aku tidak mampu melafazkan kata maaf secara zahirnya..ya allah..bantulah aku agar mereka memaafkanku..ya allah..kepadamu aku berserah..aku tidak tahu keikhlasan ku sedalam mana..kerna engkaulah yang sebaik2nya mengetahui dan menilai ketulusan hambaMu..ya allah..adkah sempat untukku membahagiakn kedua orang tuaku..adakah sempat untukku meraih cintaMu..adakah sempat untukku berbakti di langit dan bumi mu..ya allah..terlalu banyak kemungkaran yang aku lakukan dan lalui..adkah aku layak dipandanganMu..hanya Engkau sebaik2 pemberi jawapan..

Thursday, October 21, 2010

'dia' milik ALLAH...

Hari ini aku rasa satu macam..someone touched my heart..yup..dia buat aku rasa hidup ni begitu bermakna untuk dihargai..baru hari ni aku rasa aku amat mengagumi dirinya..kecekalannya..kepasrahan dalam hidupnya..kepada 'dia' yang aku maksudkan,terima kasih kerana membuatkan aku mengagumi dirimu..hmm..sayu pula hati ini bila nak berbicara soal 'dia'..mungkin dia adalah orang yang paling bahagia bila tahu aku sangat2 sayang dengannya..tautan hati yang tercipta secara kebatinan mengungkap segala persoalan kini..baru aku rasakan Allah itu mahu aku mencari jawapan secara halus..mengapa dia ditakdirkan begitu dan adakah dia mampu untuk menghadapinya bukanlah persoalan..tetapi yang pastinya Allah sangat sayangkannya kerana makhluk2 yang lain juga begitu..walaupun manusia mencerca,menghina dan membelakangkan dirinya,aku gembira melihat 'dia' sangat tabah melalui dugaan hidupnya..dan...meniti hari2  yang tidak tahu bila hujung lafaznya..nau'zubillah..semoga Allah kuatkan aku untuk menerima kenyataan suatu hari nanti....dia katakan padaku dia telah berjumpa dgn TIANG itu dan akan terus berpaut padanya..takkan lepas hingga akhir..ya Allah,lindungi dia!!!..terima kasih Ya Allah kerana telah membimbingnya ke jalanMu..aku tahu segala rencanaMu pasti ada hikmahnya..dengan kesabaran,ketetapan hati dan tawakal padaMu jualah menjadi pemangkin untukku terus mencari..mencari dan mencari rahsia hidup ini..kepada dia yang amat aku sayangi,teruskan perjalanan hidup ini..berusahalah mencari kebahagiaan kerana itu yang kau tuturkan padaku dan selayaknya kau ibarat permata yang sangat berharga..insya allah..Allah itu maha Adil,maha Mengetahui apa2 yang tidak kita ketahui,maha penyembuh dan maha segala-galanya..jangan tinggalkan Dia walau sedetikpun dalam hatimu..ALLAH tidak pernah jauh..-wallahualam-

Wednesday, October 20, 2010

apologize from me..

aku minta maaf..kepada semua insan yang pernah mengenali diriku..kerana mungkin ini yang terakhir buatku..perjalanan hidupku akan datang masih di alam ghaib..tidak aku ketahui..samada aku masih diberi nafaz olehNya untuk bertatih di jalanan dunia ini..sukar untuk memenuhi keinginan setiap insan..dalam rela atau paksa,aku berusaha untuk menjalin hubungan yang baik,namun kadangkala sifatku yang disalahertikan dan menjadi suatu pengharapan oleh insan yang mengenaliku..aku minta maaf sekali lagi..bagi mereka yang kecewa dan berasa hati denganku,aku tidak bermaksud untuk menghilangkan diri walhal menjauhkan diri..keterbatasan yang aku lakukan menjadikan kamu yang baru ingin menyelongkar kandungan isi hidupku terputus..aku hanya sebutir mutiara kelam yang masih mencari sinaran kudus dari penciptaNya..aku tiada apa yang perlu dibanggakan kerana aku terlalu daif untuk menghalusi perjalanan hidupku..jangan ditanya mengapa dan jangan ditangisi kekecewaan kerana hidup perlu dihargai sebaik-baiknya..ibarat suatu cahaya yang menyuluh lorong yang sempit terbuka luas ditengah2,apabila datangnya sinaran kelam yang membantu untuk menerangi lorong itu,kemudian hilang tiba2,namun kehadirannya dirasai hingga ke hujung rasa tapi hilang tanpa sebab..aku sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan insan2 yang pernah mendekati dan mengenaliku.. moga perjalanan hidup kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya dan lafaz alhamdulillah dari ku...wallahualam...

Monday, September 6, 2010

Tuhanku..Engkau Mendengar Apa Yang Aku Bisikkan..

dimalam penuh bintang

di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..

di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............

doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...

hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya.......

DOA KALBUKU......