aku bukan mencari kesempurnaan..
tetapi bahagia yang ku cari..
aku tidak pernah memberi pengharapan..
teapi mereka yang memasang harapan..
aku selalu katakan berdoalah yang terbaik..
tetapi mereka terus menganggap akulah yang sepatutnya..walaupun luaran tidak diungkap..
aku hanya mahu bersahabat..
tetapi mereka menganggap aku akan menerima lebih dari sahabat..
aku kadang2 buntu..bagaimana harus aku jelaskan?
bila aku menjauhkan diri..
mereka fikir aku ingin mencari kesempurnaan yang lebih dari diri mereka..
sedangkan nawaitu hidupku aku tidak mampu menolak segalanya dari Allah..
-bila Allah detikkan hati untuk aku lakukan sesuatu,aku redha denganNya..-
hidupku dan matiku hanya untukNya.. -assura-
-sudut sesama manusia-
-----------------------
kerana manusia punyai pandangan yang berbeza-beza..
sudut pandangan berat pada positif mahupun negatif..
manusia suka mentafsir dari sudut pandangan pertama..
katanya itu menentukan keseluruhan perwatakannya..
ya..itu betul untuk first impression..tetapi ianya tidak kekal lama..mungkin hanya sesaat..
ada juga yang berkata don't judge a book by its cover..-common one yang selalu kita guna untuk menilai seseorang..
permulaan ibarat perfectionist,luhur dan tulus..namun lama kelamaan apabila disingkap setelah sekian lama,terhasillah kejelekan yang kita sendiri tidak tercapai akal untuk memikirnya..
ya..kerna itu manusia tidaklah sempurna..
begitu jua sebaliknya..ibaratnya kata orang wajah seperti tongkang pecah-perangai seperti setan durjana-tapi lama kelamaan terdetik di hati..oh..rupanya hatinya tulus..walau kejahatan menyelubungi hatinya yang sedia kotor,tapi masih terselit jua kebaikan walaupun hanya cebisan debu..
ya..kerna manusia itu tidak lah sejahat mana..
lahirnya suci dan bersih ibarat kapas putih..
cuma..yang merosakkan..bila diatur kehidupannnya..
laksana di permukaan kanvas putih..
terhasillah perwatakan yang melambangkan dirinya..
walhal manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi..
mengapa sebaliknya yang terjadi....
-searching the truth path-
-----------------------------------------------------------------------------
aku hanya hidup kerna satu tujuan..
mahu bermujahadah ke jalan tuhanku..ya rabb
walaupun mereka akan berkata apa saja tentang diriku..
aku tahu kelemahan diri..
aku tahu kelebihan diri..
kerana itu yang sepatutnya aku tahu dan lakukan..
untuk memperbaiki diri..
walaupun itulah halangan yang paling menyeksakan..
walaupun kebenaran itulah sangat pahit untuk aku terima,
walaupun kepahitan itulah yang aku harus telan kebenarannya,
dan itulah yang sepatutnya..
'dan apa saja nikmat yang ada pada kamu adalah datang daripada Allah.Kemudian,apabila kamu ditimpa kemudharatan,maka kepadaNya jualah kamu meminta pertolongan'-an-nahl:53
-kepadaMu jua aku kembali setelah banyak kemudharatan yang aku lakukan..astaghfirullah..betapa hina hambaMu ke atas kekhilafan yg aku perbuat-
-assura-
-------------------------------------------------------------------------
manusia tak pernah merasa cukup..sebab yang cukup hanya Dia..
manusia tidak pernah merasa bersyukur..kerana syukur itu sangat susah digapai..
manusia sering ingin kelihatan sempurna..tetapi mereka lupa yang sempurna itu hanya Dia..
segala milik kita adalah milik Dia semata..
yang termaktub di Luh Mahfuz..
''Dan janganlah engkau mengangkat bahumu kepada manusia dan jangan pula engkau berjalan di permukaan bumi dengan megah,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang angkuh dan sombong."al-luqman:18
-aku hambaMu yang dhaif-
pemanis jiwa
"jika engkau mengetahui bahawasanya syaitan itu tidak pernah
lupa(menggoda)akan engkau,maka janganlah engkau lupa kepada Allah yang
nasibmu
berada di tangan (kekuasaan)Nya"-matan al-hikam-
---------------------------------------------
''dan jika engkau ditimpa sesuatu kemudharatan,maka tiada siapa yang akan mampu menghilangkannya melainkan Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tiada seorang pun yang mampu menolak kurnia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
-surah yunus:107-
No comments:
Post a Comment