pemanis jiwa

"jika engkau mengetahui bahawasanya syaitan itu tidak pernah
lupa(menggoda)akan engkau,maka janganlah engkau lupa kepada Allah yang
nasibmu
berada di tangan (kekuasaan)Nya"

-matan al-hikam-

---------------------------------------------

''dan jika engkau ditimpa sesuatu kemudharatan,maka tiada siapa yang akan mampu menghilangkannya melainkan Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tiada seorang pun yang mampu menolak kurnia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

-surah yunus:107-




Wednesday, October 20, 2010

apologize from me..

aku minta maaf..kepada semua insan yang pernah mengenali diriku..kerana mungkin ini yang terakhir buatku..perjalanan hidupku akan datang masih di alam ghaib..tidak aku ketahui..samada aku masih diberi nafaz olehNya untuk bertatih di jalanan dunia ini..sukar untuk memenuhi keinginan setiap insan..dalam rela atau paksa,aku berusaha untuk menjalin hubungan yang baik,namun kadangkala sifatku yang disalahertikan dan menjadi suatu pengharapan oleh insan yang mengenaliku..aku minta maaf sekali lagi..bagi mereka yang kecewa dan berasa hati denganku,aku tidak bermaksud untuk menghilangkan diri walhal menjauhkan diri..keterbatasan yang aku lakukan menjadikan kamu yang baru ingin menyelongkar kandungan isi hidupku terputus..aku hanya sebutir mutiara kelam yang masih mencari sinaran kudus dari penciptaNya..aku tiada apa yang perlu dibanggakan kerana aku terlalu daif untuk menghalusi perjalanan hidupku..jangan ditanya mengapa dan jangan ditangisi kekecewaan kerana hidup perlu dihargai sebaik-baiknya..ibarat suatu cahaya yang menyuluh lorong yang sempit terbuka luas ditengah2,apabila datangnya sinaran kelam yang membantu untuk menerangi lorong itu,kemudian hilang tiba2,namun kehadirannya dirasai hingga ke hujung rasa tapi hilang tanpa sebab..aku sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan insan2 yang pernah mendekati dan mengenaliku.. moga perjalanan hidup kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya dan lafaz alhamdulillah dari ku...wallahualam...

No comments:

Post a Comment